Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah (tengah) pada majlis pelancaran Program i-Pulih di Petaling Jaya pada 16 Disember 2020. Foto AADK
AGENDANASIONAL

AADK lancar program i-Pulih, tambah baik modul rawatan penagih

SHAH ALAM, 16 DIS: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melancarkan program i-Pulih bagi menambah baik modul rawatan dan pemulihan untuk penagih.

Unit Media Komunikasi dan Korporat berkata penambahbaikan dibuat melalui penjenamaan semula terma Orang Kena Pengawasan (OKP) kepada klien.

“Pelancaran ini selari dengan penambahbaikan modul dikenali sebagai i-Pulih yang membawa maksud i iaitu inisiatif dan inovatif manakala Pulih adalah pendekatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti.

“Penjenamaan OKP kepada klien juga diharap dapat membantu mengurangkan stigma masyarakat dan meyakinkan diri mereka untuk terus kekal pulih serta membina kehidupan baharu yang lebih bermakna,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, majlis pelancaran program disempurnakan Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.


Pengarang :