AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Aduan paip pecah berkurang sejak 2016 – Air Selangor

SHAH ALAM, 7 DIS: Aduan berkaitan paip pecah semakin berkurangan apabila hanya 2,000 aduan direkodkan pada 2019 berbanding 5,000 pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata pengurangan itu hasil kerja penggantian paip lama yang dilakukan dalam tempoh berkenaan.

“Sejak 2016 hingga Ogos tahun ini, kita telah membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion untuk membaik pulih serta mengganti paip lama, memulihkan Loji Rawatan Air dan kolam takungan air.

“Tindakan ini juga berjaya mengurangkan kadar purata tahunan air tidak berhasil (NRW) kepada 29.6 peratus berbanding 31.6 peratus yang dicatatkan pada 2018,” katanya menerusi sebuah rancangan televisyen malam tadi.

Pada 19 Ogos lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor sudah menggantikan 400 kilometer paip usang sejak 2016.

Operasi itu memfokuskan kawasan berisiko tinggi termasuk lokasi kerap mengalami tekanan air tidak stabil.


Pengarang :