Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Air Selangor diiktiraf mampu kendali akaun terbesar di Asia Tenggara

SHAH ALAM, 14 DIS: Kemampuan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) mengendalikan akaun air terbesar di Asia Tenggara melayakkan syarikat itu meraih pengiktirafan global.

Dato’ Menteri Besar berkata agensi itu juga mengemukakan laporan setiap tahun yang memperincikan pelbagai perkara sekali gus meraih anugerah ‘Public Water Agency of the Year’.

“Penganjur Global Water Awards 2020 sudah tentu menilai semua perkara sebelum memberi anugerah. Jika ada yang pertikai, mereka sepatutnya tanya soalan kepada penganjur,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui di sini.

Pada 9 Disember, Air Selangor memenangi anugerah yang mengiktiraf kejayaan syarikat, teknologi, projek, tawaran dan kilang sepanjang 2019.

Global Water ditubuhkan pada 2006 untuk mengiktiraf pencapaian industri air antarabangsa membabitkan pelbagai kategori.


Pengarang :