Sebahagian kanak-kanak dari rumah perlindungan bersama hadiah Krismas yang diterima daripada Air Selangor pada 24 Disember 2020. Foto Facebook Air Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Air Selangor santuni rumah perlindungan kanak-kanak sempena Krismas

SHAH ALAM, 24 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyantuni penghuni Rumah Victory di Taman OUG, Jalan Klang Lama dan Rumah KIDS di USJ, Subang sempena perayaan Krismas esok.

Agensi berkata pihaknya menyumbang barangan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan serta barangan rumah kepada dua rumah perlindungan kanak-kanak tersebut.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu mereka dalam menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi untuk menyambut perayaan Krismas dalam situasi sukar ketika pandemik Covid-19.

“Malah, setiap anak-anak berikan hadiah Krismas,” katanya menerusi kenyataan Facebook.


Pengarang :