Petugas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang pada 20 Disember 2020. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Baik pulih paip pecah di Klang selesai, 12 kawasan terima bekalan air

SHAH ALAM, 21 DIS: Kerja baik pulih paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang siap dilaksanakan pada jam 3 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bekalan air mula disalurkan kepada pengguna di 12 kawasan di Klang/Shah Alam pada jam 6.50 pagi ini.

“Bekalan air di kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya jam 5 petang hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, bekalan air ditutup pada jam 8.30 malam bagi kerja pembaikan susulan insiden paip pecah di Taman Seri Andalas.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di http://www.airselangor.com atau saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor serta media sosial Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Antara kawasan terlibat:

1. Taman Sentosa
2. Jalan Raja Nong
3. Jalan Bendahara
4. Jalan Bentara
5. Jalan Sg Jati
6. Jalan Temenggong
7. Jalan Laksamana
8. Taman Bijaya
9. Taman Rakyat
10. Jalan Seri Sarawak
11. Bandar Puteri
12. Bandar Putera 2

 


Pengarang :