Ir Izham Hashim (tiga, kiri) menyerahkan bantuan baja kompos kepada petani di Sungai Burong, Tanjong Karang pada 6 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Baja kompos tingkat hasil tani, bantu pulih tanah

KUALA SELANGOR, 6 DIS: Kerajaan Selangor bakal meluaskan penggunaan baja kompos bagi meningkatkan hasil tanaman negeri.

EXCO pertanian berkata baja yang dihasil menggunakan tinja ayam memulihkan kualiti tanah serta menjadikan tanaman lebih subur.

Ir Izham Hashim menjelaskan ia terbukti melalui projek perintis tanaman padi seluas 60 hektar di Parit 10, Sungai Burong.

“Setiap kali musim menuai, kita dapati hasil meningkat lebih enam tan malah tanah kekal subur berbanding kawasan sekeliling,” katanya selepas menyampaikan bantuan baja kompos kepada petani di sini.

Menurutnya, kempen penggunaan baja kompos akan dipergiat sebagai perancangan jangka panjang dan diharap mendapat sokongan petani.

“Penggunaan baja kimia secara berlebihan boleh merosakkan struktur tanah dan mencemarkan sungai,” kata Ir Izham lagi.


Pengarang :