AGENSISELANGOR

Bakal pengantin isi borang ujian HIV dalam talian mulai tahun depan

SHAH ALAM, 29 DIS: Bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mulai 1 Januari diarah mengisi borang saringan HIV baharu secara dalam talian.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata borang tersebut perlu diisi dalam dua salinan dan dibawa ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan semasa menjalani ujian tersebut.

“Borang boleh dimuat turun di http://jknselangor.moh.gov.my/images/2020/borang/saringanhiv.pdf atau http://jknselangor.moh.gov.my/index.php/awam,” menurutnya menerusi Twitter.

Jais sebelum ini mewajibkan saringan HIV ke atas pasangan yang ingin mendapat kebenaran berkahwin mengikut Tatacara Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Selangor 2017.

Bakal pengantin perlu mengisi borang di mana-mana klinik kesihatan sebelum melakukan ujian dan keputusan sah dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan.


Pengarang :