Penumpang Bas Smart Selangor berbaris dan mengenakan pelitup muka sebelum menggunakan perkhidmatan percuma itu di Seksyen 13, Shah Alam pada 2 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Bas Smart Selangor mini khusus buat penduduk desa

SHAH ALAM, 15 DIS: Bas Smart Selangor mini bakal disediakan di kawasan kampung atau laluan sempit untuk manfaat penduduk setempat.

EXCO pengangkutan awam berkata bas berkapasiti kecil dikhususkan untuk laluan kurang penumpang tetapi memerlukan khidmat tersebut.

“Bas Smart Selangor tetap ada tetapi bilangannya dikurangkan dan digantikan dengan bas mini,” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Beliau berkata tambahan laluan atau pengubahan jalan sedia ada bagi perkhidmatan bas percuma itu bakal ditentukan mengikut kesesuaian.

Bas Smart Selangor memanfaatkan 38.6 juta pengguna setakat September tahun lalu. Sebanyak RM78.6 juta dibelanjakan bagi kos operasi dan penyelenggaran lebih 130 buah bas.

 


Pengarang :