AGENSISELANGOR

Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 21 DIS: Kerja baik pulih paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang kini pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan susulan itu kesemua kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam yang terjejas menerima bekalan air jam 5 petang tadi.

“Terima kasih kepada pengguna kerana sabar dan beri kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Kami memohon pengguna agar melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan segera,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, bekalan air ditutup pada jam 8.30 malam bagi kerja pembaikan susulan insiden paip pecah di Taman Seri Andalas.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di http://www.airselangor.com atau saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor serta media sosial Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300


Pengarang :