Air Selangor merupakan pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bekalan air tujuh wilayah pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 10 DIS: Semua 861 kawasan yang terjejas bekalan air akibat pencemaran sungai kelmarin stabil sepenuhnya jam 3 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan kepada petugas.

“Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan melalui medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran air Sungai Selangor pada 8 Disember.

Insiden itu menyebabkan gangguan air tidak berjadual di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.


Pengarang :