Syarikat Black Dots Marketing Sdn Bhd dinobatkan sebagai peserta akhir Top E-Commerce Merchant Award pada 15 Oktober 2019. Foto Facebook Sitec
AGENDANASIONAL

Black Dots Marketing pemenang Malaysia Top E-Commerce Merchant Award

SHAH ALAM, 4 DIS: Syarikat Black Dots Marketing Sdn Bhd merangkul tempat pertama Malaysia Top E-Commerce Merchant Award 2020 semalam.

Pemilik produk perkakasan dapur jenama Russell Taylors itu mendapat RM12,000, trofi dan sijil selepas merekod jualan dan tempahan terbanyak dalam tempoh dua minggu pertandingan.

Tempat kedua dimenangi pasar raya SLL Machinery Hardware Sdn Bhd manakala SPF Home Deco Sdn Bhd tempat ketiga. Masing-masing memenangi RM8,000 dan RM5,000, trofi dan sijil.

Pemenang tempat keempat hingga sepuluh pula masing-masing mendapat RM1,000, trofi dan sijil. Syarikat terbabit ialah SNS Network (M) Sdn Bhd, PB Grocery Group Sdn Bhd, JSK Global Sdn Bhd, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Bata Primavera Sdn Bhd, Cooolgo Beauty Sdn Bhd dan Illegear Sdn Bhd.

Kategori Online 100 & Brands 100 Merchant Awards dimenangi DTS Home Mart Sdn Bhd, Gobindpal Sdn Bhd dan Hernies Ventures dengan masing-masing mendapat RM1,000, trofi dan sijil.

Pemenang kategori Selangor E-Bazar Merchant Awards pula ialah Marathon Bakers Enterprise, IGI International (M) Sdn Bhd, Chef Amer Mall dan MAR Garden. Mereka membawa pulang RM500, trofi dan sijil.

Famsy Sdn Bhd, Pinkboxcereal Sdn Bhd dan Shapee Trading & Distribution (M) Sdn Bhd pula dipilih penerima AffinBank Rising Star Awards dengan membawa pulang trofi dan sijil.

Pertandingan yang bermula 3 hingga 16 November menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM40,500. Usahawan e-dagang yang menyertai perlu memperoleh jualan RM25,000 atau 100 tempahan setiap bulan.

Anugerah berprestij tersebut bertujuan memberikan penghargaan kejayaan, kreativiti dan inovasi usahawan e-dagang selain membuka peluang meningkatkan lagi jenama mereka dalam industri e-dagang.


Pengarang :