Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 1,937 kes baharu, sembilan kematian

SHAH ALAM, 12 DIS: Kes baharu Covid-19 kekal empat digit hari ini dengan mencatatkan 1,937 kes menjadikan jumlah keseluruhan 82,246, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu 823 kes yang mana 714 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif.

“Jumlah kematian juga meningkat dengan sembilan kes membabitkan tujuh warganegara dan dua bukan warganegara.

“Terdapat empat kematian di Sabah, diikuti tiga di Johor dan masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau menambah jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 13,751 kes dan 121 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :