Petugas media mengenakan topeng muka ketika menghadiri sidang media berkenaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun pada 17 Mac 2020. Foto AFP
AGENDASUKANKINI

Covid-19: Jepun tetap komited anjur Olimpik 2021

TOKYO, 4 DIS: Jepun tetap komited untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2021, kata Perdana Menteri Yoshihide Suga ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Pandemik Covid-19 memaksa Jepun menjadualkan semula kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung pada Julai dan Ogos tahun ini, ditangguhkan sehingga 2021, lapor Agensi Sputnik.

“Pada September, di Perhimpunan Agung PBB, saya menyuarakan komitmen untuk mengadakan Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo sebagai tanda kemenangan kita semua terhadap virus itu.

“Dengan tekad ini, kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mengadakan pertandingan yang selamat dan tenang,” kata Suga pada lewat Khamis.

-BERNAMA


Pengarang :