Reaksi seorang pekerja warga asing yang berada di luar rumah susulan pelaksanaan PKPD bermula pada 17 November 2020 di Jalan Abadi 1A Meru Klang. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Klang, Hulu Langat dan Petaling antara daerah kes paling tinggi

SHAH ALAM, 2 DIS: Klang, Hulu Langat dan Petaling merekodkan kes harian Covid-19 paling tinggi di Selangor, hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata Klang mencatatkan 95 kes baharu dengan mukim Klang sebanyak 53 kes tempatan dan satu kes import sementara mukim Kapar dengan 41 kes.

Sementara Hulu Langat merekodkan 52 kes dengan mukim Kajang 19 kes diikuti mukim Ampang (12), Cheras (9), Semenyih (9) dan Hulu Langat (3).

“Daerah ketiga tertinggi ialah Petaling dengan 51 kes iaitu mukim Damansara mencatat 17 kes diikuti Bukit Raja (14), Petaling (13) dan Sungai Buloh (7).

“Ia diikuti daerah lain iaitu Kuala Langat dengan 23 kes, Kuala Selangor (9), Sepang (8), Gombak (10) dan Hulu Selangor (1),” kata jabatan itu menerusi Facebook.

Hari ini Selangor masih menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu Covid-19 apabila merekodkan 249 kes.


Pengarang :