Penduduk sekitar Klang menyukat suhu sebelum memulakan proses saringan Covid-19 di Taman Bayu Perdana pada 23 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Klang rekod kes tertinggi, Sepang naik mendadak

SHAH ALAM, 29 DIS: Klang kembali mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor apabila merekodkan 293 kes, menurut Jabatan Kesihatan Negeri.

Agensi itu memaklumkan sebanyak 266 kes dikesan di mukim Klang manakala Kapar 27 kes, kebanyakan hasil saringan kontak rapat dan pekerja.

Sepang yang melaporkan kenaikan kes mendadak berada pada kedudukan kedua sebanyak 136 kes meliputi mukim Dengkil (129), Labu (lima) dan Sepang (dua).

“Sebanyak 125 kes dikenal pasti di Petaling dengan 67 daripadanya di mukim Sungai Buloh, Damansara (31), Petaling (19) dan Bukit Raja (lapan).

“Hulu Langat pula merekodkan 97 kes iaitu 37 jangkitan di mukim Kajang, Ampang (28), Semenyih (20), Cheras (11) dan Hulu Langat (satu),” maklu agensi itu di Facebook.

Jabatan itu menambah Gombak mengumpul 65 kes dengan 40 daripadanya di mukim Batu, Hulu Kelang (13), Rawang (enam), Setapak (empat) dan Kuang (dua).

Menurutnya, sebanyak 20 kes dikesan di Kuala Selangor membabitkan tujuh di mukim Ijok, Batang Berjuntai (lima), Tanjung Karang (empat), Kuala Selangor (dua) dan Api-Api serta Jeram masing-masing satu.

Kuala Langat pula mencatat lapan kes, Sabak Bernam (dua) dan Hulu Selangor (satu).


Pengarang :