Penghuni di kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 11 November 2020 dilihat memberikan kerjasama yang baik kepada petugas-petugas kesihatan untuk menjalani saringan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Kluster sedia ada sumbang kes terbanyak di Selangor

SHAH ALAM, 5 DIS: Lebib 40 peratus daripada 221 kes positif Covid-19 hari ini dikesan dari kluster sedia ada.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata 91 kes dicatatkan dari kategori itu manakala kluster baharu, Kluster Andalas di Klang merekodkan tiga kes.

“Sebanyak 58 jangkitan turut dilaporkan dari saringan kontak rapat, 64 dari lain-lain saringan selain terdapat lima kes import,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Antara kluster sedia ada yang masih aktif adalah Kluster Teratai, Hentian, Bah Manggis dan Perigi.

Berikutan itu, STFC mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap basuh tangan bagi mengelakkan jangkitan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini melaporkan Klang kekal menjadi daerah tertinggi mencatatkan kes positif pandemik itu dengan 74 kes.

Ia diikuti Petaling (44), Hulu Langat (43), Kuala Langat (30), Gombak (20), Sepang (lima, Kuala Selangor (empat) dan Sabak Bernam (satu).

 


Pengarang :