Seorang pengunjung melihat replika Covid-19 pada Ekspo Kesihatan Dunia di Wuhan, China pada 11 November 2020. Foto AFP
SELANGOR

Covid-19: Lapan kluster baharu, satu di Selangor

SHAH ALAM, 30 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu daripada lapan kluster baharu Covid-19 hari ini di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Tapak Bina Broga tercetus di Hulu Langat melibatkan tempat kerja.

“Kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Disember melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

“Sehingga kini, sejumlah 318 individu disaring dengan 64 daripadanya dikesan positif dalam kluster ini,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut memaklumkan tujuh kluster lain menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 223 kluster.

Berikut kluster yang dilaporkan:

1. Kluster Tembok Choh – Kluster melibatkan Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai dan Mersing di Johor
2. Kluster Tapak Bina Jalan Stesen – Kluster tempat kerja melibatkan Lembah Pantai di wilayah persekutuan Kuala Lumpur
3. Kluster Slot Berjaya – Kluster tempat kerja melibatkan Lembah Pantai di wilayah persekutuan Kuala Lumpur
4. Kluster Jalan Nikolas – Kluster melibatkan Titiwangsa di wilayah persekutuan Kuala Lumpur
5. Kluster Gerbang Pongsu – Kluster melibatkan Kerian dan Kinta di Perak
6. Kluster Damai Ketari – Kluster melibatkan Bentong di Pahang
7. Kluster Alor – Kluster melibatkan Kota Setar di Kedah serta Titiwangsa dan Cheras di wilayah persekutuan Kuala Lumpur


Pengarang :