Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 27 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Satu lagi kluster baharu di Selangor babit Petaling

SHAH ALAM, 3 DIS: Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor membabitkan daerah Petaling, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut iaitu Monsoon dengan laporan kes positif pada 29 November lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat tiga lagi kluster baharu direkodkan di Sabah iaitu Kluster Jalan Kilang, Kluster Perdana Enam dan Kluster Jalan Kubota.

“Sebanyak 63 kes positif Covid-19 dilaporkan dengan 24 hasil dari saringan bagi Kluster Jalan Kilang, 25 (Kluster Perdana Enam) dan 14 (Kluster Jalan Kubota),” katanya.


Pengarang :