Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

Covid-19: Selangor catat kes harian baharu tertinggi lapan hari berturut

SHAH ALAM, 23 DIS: Selangor mencatatkan 535 kes baharu Covid-19 hari ini, tertinggi dalam negara lapan hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Selangor sebanyak 27,218.

“Sebanyak 209 adalah jangkitan daripada kluster sedia ada manakala 154 saringan kontak rapat, 160 lain-lain saringan serta 12 kes import,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat tiga kes kematian di negeri tersebut hari ini membabitkan dua wanita masing-masing berusia 67 dan 40 tahun serta seorang lelaki berusia 71 tahun.

Sementara itu, kes baharu pandemik itu di Malaysia pula kekal empat angka iaitu 1,348 kes menurun berbanding semalam.

Seramai 710 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 102 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 44 perlu bantuan pernafasan.

 


Pengarang :