Petugas Kesihatan Selcare mencatat maklumat peribadi orang awam sebelum membuat ujian saringan Covid-19 di Klinik Selcare, Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Selangor catat lebih 4,000 kes aktif

SHAH ALAM, 4 DIS: Selangor merekod sebanyak 4,618 kes aktif Covid-19 setakat hari ini, menurut Data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Data tersebut menunjukkan Klang mencatat kes tertinggi dengan 3,043 diikuti Hulu Langat (723), Petaling (481), Kuala Langat (124) dan Sepang (107).

Daerah lain dengan laporan kes aktif dua angka adalah Gombak (98), Kuala Selangor (31) dan Hulu Selangor (10) manakala Sabak Bernam hanya satu kes.

Hari ini, Lembah Klang merekodkan 578 kes baharu atau 50.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di seluruh negara.

Selangor mencatat 320 kes harian, Kuala Lumpur (256) dan Putrajaya (dua) selain mengesan empat kluster baharu.

Sebanyak 1,141 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 70,236 kes dengan 10,799 daripadanya kes aktif.

Bilangan sembuh pula 1,144 kes menjadikan jumlah kumulatif pulih 59,061 (84.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


Pengarang :