Sekumpulan petugas kesihatan Labuan kelihatan bersedia untuk tugasan mengambil sampel dan saringan Covid-19 di kawasan sasaran Kluster Saguking pada 16 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Sembilan lagi kluster baharu dikesan di KL, Selangor

SHAH ALAM, 29 DIS: Sembilan lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini menjadikan kluster yang direkodkan setakat ini ialah 498 kluster.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster tersebut meliputi Kluster Seri Lanang, Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Awan Puteh dan Kluster Integra Ikon.

Turut dilaporkan, Kluster Jalan Satang, Kluster Tembok Mempaga, Kluster Timbang Dayang, Kluster Teguli dan Kluster Rambai.

“Sebanyak 278 kluster telah tamat termasuk tiga hari ini iaitu Kluster Bot Biru, Kluster Gedong, dan Kluster Jernih,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 12 November 2020. Foto BERNAMA

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah sebanyak 220 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes.”

Beliau berkata kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Seri Lanang (168) dan Kluster Tapak Bina Lebuh (125).

Berikut adalah sembilan kluster baharu yang dikenal pasti:

1. Kluster Seri Lanang
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif pada 25 Disember melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 29 Disember, sejumlah 1,020 individu disaring dan 173 positif.

2. Kluster Jalan Chu
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif pada 29 Disember melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 29 Disember, sejumlah 70 individu disaring dan 44 positif.

3. Kluster Tapak Bina Awan Puteh
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 29 Disember, sejumlah 87 individu disaring dan 29 positif.

4. Kluster Integra Ikon
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104673) dilaporkan positif pada 27 Disember melalui saringan kendiri. Sehingga 29 Disember, sejumlah 185 individu disaring dan 11 positif.

5. Kluster Jalan Satang
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur; daerah Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor; serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92888) dilaporkan positif pada 20 Disember. Sehingga 29 Disember, sejumlah 104 individu disaring dan 30 positif.

6. Kluster Tembok Mempaga
Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-97373) dilaporkan positif pada 22 Disember melalui saringan tahanan. Sehingga 29 Disember, sejumlah 504 individu disaring dan 284 positif.

7. Kluster Timbang Dayang
Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100487) dilaporkan positif pada 25 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember, sejumlah 87 individu disaring dan 13 positif.

8. Kluster Teguli
Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86690) dilaporkan positif pada 16 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember, sejumlah 13 individu disaring dan 12 positif.

9. Kluster Rambai
Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka; daerah Petaling di Selangor; dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104441) dilaporkan positif pada 27 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember, sejumlah 102 individu disaring dan 16 positif.


Pengarang :