Penduduk sekitar pekan Meru, Klang mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua kluster baharu di Lembah Klang, rekod lebih 100 kes positif

SHAH ALAM, 8 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kluster baharu di Lembah Klang dikenali kluster Seruling dan Tapak Bina Darul.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Seruling melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling yang merekodkan 109 kes positif setakat hari ini.

“Kluster Tapak Bina Darul pula melibatkan Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur; Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Klang di Selangor serta Seremban di Negeri Sembilan.

“Hasil saringan KKM setakat hari ini mendapati sebanyak 14 kes positif dikesan melibatkan kluster ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia mencatatkan 85.1 peratus pemulihan Covid-19 hari ini dengan 1,750 kes sembuh dan 64,056 secara keseluruhan.

Jumlah itu mengatasi jangkitan baharu iaitu 1,012 kes yang menyaksikan Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 417 diikuti Sabah (271 kes) dan Johor (108 kes).


Pengarang :