Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze bergambar bersama penduduk di taman permainan Jalan USJ 3/4 pada 8 Disember 2020. Foto Michelle Ng Mei Sze
ADNSELANGOR

DUN Subang Jaya baik pulih taman permainan Jalan USJ 3/4

SHAH ALAM, 9 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya memperuntukkan RM19,994.80 bagi membaik pulih taman permainan di Jalan USJ 3/4 untuk keselesaan penduduk.

Ahli dewan negerinya berkata kerja baik pulih termasuk menggantikan lima kerusi kayu yang rosak dan memasang pemegang susur tangan di laluan pejalan kaki.

“Dua alatan permainan ditambah, kerja pembersihan taman, mengikis, mengecat semula peralatan lama, meratakan tanah dan menanam rumput juga dilakukan.

“Kerja baik pulih dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penduduk terutama kanak-kanak dan warga emas beriadah,” kata Michelle Ng Mei Sze dalam kenyataan.


Pengarang :