Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze bergambar di gelanggang sepak takraw di Laman Sukan USJ 1 yang telah ditambah dua tiang lampu, 8 Disember 2020.
ADNSELANGOR

DUN Subang Jaya peruntuk hampir RM40,000 baik pulih taman permainan

SHAH ALAM, 9 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya memperuntukkan hampir RM40,000 bagi kerja baik pulih taman permainan di Jalan PJS 7/7 dan Laman Sukan USJ 1.

Ahli Dewan Negeri Michelle Ng Mei Sze berkata sebanyak RM19,980.80 dibelanjakan untuk membaiki laluan pejalan kaki yang retak di taman permainan Jalan PJS 7/7.

“Manakala RM19,990 pula dibelanja untuk memasang dua tiang lampu limpah sekitar gelanggang sepak takraw Laman Sukan USJ 1.

“Kita harap inisiatif ini mampu memberi keselesaan dan rasa selamat kepada pengguna yang beriadah di taman tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Michelle berkata sebelum ini keadaan di gelanggang sepak takraw itu hanya mempunyai satu lampu yang agak malap sehingga menyukarkan pemain beriadah pada waktu malam.


Pengarang :