Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menziarahi makam bonda baginda Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Almarhum Raja Bendahara Tengku Badar Shah di Makam Diraja Shah Alam pada 10 Disember 2020. Foto Facebook Selangor Royal Office
BERITA UTAMA

DYMM Sultan Sharafuddin ziarah makam bonda

SHAH ALAM, 11 DIS: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi makam bonda baginda menjelang Hari Keputeraan ke-75.

Menurut Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menziarahi makam Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Almarhum Raja Bendahara Tengku Badar Shah yang mangkat pada 31 Mei 2011 di Makam Diraja Shah Alam semalam.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta adinda baginda Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad Shah Alhaj.

Setiap tahun menjadi kelaziman Sultan Sharafuddin menziarahi makam berkenaan menjelang Hari keputeraan baginda.

Makam Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Almarhum Raja Bendahara Tengku Badar Shah yang mangkat pada 31 Mei 2011 di Makam Diraja Shah Alam. Foto Facebook Selangor Royal Office.

Pengarang :