Selangorkini
Hasnul Baharuddin (kiri) meninjau kawasan banjir di Kanchong Tengah pada 21 November 2020. Foto Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib -YB Hasnul
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Elak banjir, longkang sekitar Morib dibersihkan setiap dua bulan

SHAH ALAM, 20 DIS: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor membersihkan longkang dan parit di kawasan Morib setiap dua bulan bagi mengelak banjir kilat.

Bagaimanapun, wakil rakyat Morib berkata kedudukan beberapa kawasan yang rendah menyebabkan air sering naik terutama kebun penduduk di Jalan Sungai Hantu Kelanang.

Hasnul Baharuddin memaklumkan isu sama turut berlaku di Permatang Pasir, hadapan Institut Kemahiran Belia Negara dan Bandar Banting Baru.

“JPS buat pembersihan ikut jadual tetapi disebabkan kawasan tersebut rendah, maka pergerakan air agak lambat. Longkang juga tidak mampu menampung aliran air yang tinggi susulan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, penduduk terlibat akan diberi pencerahan minggu depan berhubung isu perparitan dan langkah mengatasinya bersama JPS dan Jabatan Kerja Raya.

 


Pengarang :