Exco Kerajaan Negeri Hee Loy Sian berucap ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: 60 peratus tanah kampung Orang Asli diwarta

SHAH ALAM, 30 DIS: Kerajaan Negeri telah menggazetkan sebanyak 60 peratus daripada 74 tanah perkampungan Orang Asli setakat ini.

EXCO hal ehwal Orang Asli berkata status pewartaan baki tanah di perkampungan terlibat dijangka diselesaikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun dengan prosesnya disegerakan bagi memastikan penempatan mereka terjamin.

“Kita tidak akan berdepan masalah jika tanah itu berada di rizab kerajaan atau hutan simpan kekal tetapi ada di antaranya bertindih dengan tanah hak milik persendirian.

“Keadaan ini menyebabkan proses pewartaaan mengalami sedikit kesukaran malah ada juga yang sampai ke mahkamah,” kata Hee Loy Sian selepas majlis penyerahan peruntukan kepada badan agama Kristian di Bangunan SUK di sini semalam.

Beliau menambah Kerajaan Negeri mengekalkan peruntukan sebanyak RM1 juta tahun hadapan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan pembangunan Orang Asli serta pewartaan tanah perkampungan berkaitan.

Sebelum ini, Loy Sian memaklumkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) giat menjalankan kerja pengukuran tanah di seluruh kawasan dan penempatan Orang Asal negeri ini.

Sebanyak 22 kampung Orang Asli terletak di Kuala Langat, Hulu Selangor (16), Sepang (15), Gombak dan Petaling (12) serta sembilan lagi di Hulu Langat.


Pengarang :