EXCO Kerajaan Negeri Rodziah Ismail bercakap kepada media selepas penyerahan Geran Peralatan SITHAM di Seksyen 20, Shah Alam pada 18 November 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Skim 2STAY tawar lebih 2,000 unit rumah sewa

SHAH ALAM, 13 DIS: Inisiatif Skim Smart Sewa Kemudian Beli (2STAY) bakal menawarkan 2,175 unit rumah sewa kepada golongan berpendapatan rendah.

EXCO perumahan berkata sewaan unit Rumah SelangorKu Harapan dan Rumah Idaman bertujuan membantu golongan yang sukar mendapatkan pinjaman bank membeli rumah pertama.

“Skim ini memberi tempoh sewa minimum dua hingga lima tahun. Selepas tamat tempoh, penyewa diberi pilihan sama ada untuk beli rumah atau sebaliknya.

“Sekiranya tidak mahu beli, mereka perlu pindah tetapi mendapat semula 30 peratus bayaran sewa,” kata Rodziah Ismail kepada SelangorKini.

Unit Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman dilengkapi penghawa dingin, kabinet dapur, kabinet baju dan pemanas air.

Pada 13 Julai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata skim 2STAY bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri pada harga kurang RM200,000.

Pada tahun lepas Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) membeli sebanyak 993 unit rumah dalam menjayakan inisiatif diperkenal pada 2016 untuk membantu golongan berkenaan menyewa sambil menyimpan.


Pengarang :