Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Shah Alam pada 9 Oktober 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Harga petrol naik lima sen, diesel tiga sen

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen seliter, manakala diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.78, RON 97 (RM2.08) dan diesel (RM1.96).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :