Selangorkini
AGENDA NASIONAL

Harga petrol RON95, RON97, diesel naik dua sen

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel masing-masing naik dua sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.80, RON 97 (RM2.10) dan diesel (RM1.98).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

-BERNAMA


Pengarang :