Pegawai kesihatan menjalankan tugas di asrama pekerja wanita syarikat sarung tangan Top Glove di Meru pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hulu Langat rekod 183 kes baharu Covid-19, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 6 DIS: Hulu Langat menjadi daerah tertinggi di negeri ini dengan 183 kes harian Covid-19 dilaporkan hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan daripada jumlah itu, mukim Kajang mencatat kes paling banyak dengan 169 dan kebanyakannya berpunca dari saringan kontak rapat Kluster Penjara Jalan Harapan.

“Klang menjadi daerah kedua tertinggi dengan 74 kes, majoriti kes berpunca dari kluster sedia ada iaitu antaranya Kluster Bah Manggis, Kluster Teratai, Kluster Andalas, Kluster Keladi, Kluster Usaha dan Kluster Perigi.

“Petaling pula ketiga mencatat 51 kes diikuti Kuala Langat dan Hulu Selangor (masing-masing lapan), Sepang (tujuh), Gombak (lima) dan Kuala Selangor (satu),” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Selangor merekodkan 337 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 187 daripada akibat kluster sedia ada.

Sementara 87 kes lagi dikesan hasil saringan kontak rapat, lain-lain saringan (61) dan jangkitan import (dua).


Pengarang :