Selangorkini
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid semasa ditemui SelangorKini di pejabatnya di Shah Alam pada 14 Januari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Isu kartel daging, kerajaan perlu perkemas sistem pengawasan – Mapim

SHAH ALAM, 28 DIS: Kerajaan digesa memperkemaskan sistem pengawasan import eksport komoditi makanan dari negara luar bagi mengelak berlaku kebocoran atau penyelewengan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berkata perkara itu bagi memastikan insiden kartel daging import sejuk beku bertanda halal palsu baru-baru ini tidak lagi berulang.

“Semua penguat kuasa perlu melakukan operasi bersepadu terutama di pintu masuk dalam negara sama ada di pelabuhan, kargo lapangan terbang atau sempadan darat,” kata Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara berkata pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang menuding jari kepada sesebuah agensi tanpa siasatan menyeluruh.

“Perlu ada usaha bersungguh untuk menilai sejauh mana sistem penguatkuasaan sedia ada benar-benar dapat mengawal kemasukan barangan luar dalam kuantiti besar supaya tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkusnya semula dengan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.


Pengarang :