Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 2 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19 kekal empat digit, catat 1,810 kes

SHAH ALAM, 11 DIS: Jangkitan Covid-19 kekal empat digit hari ini selepas mencatatkan 1,810 kes baharu menjadikan keseluruhan 80,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah berkenaan membabitkan 1,799 jangkitan tempatan serta 11 kes import.

“Bilangan kes aktif sebanyak 12,734. Setakat ini 123 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 63 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini terdapat pertambahan enam kematian menjadikan keseluruhan 402 iaitu 0.5 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 937 kes disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah pulih sepenuhnya 67,173 kes iaitu 83.6 peratus.


Pengarang :