AGENSISELANGOR

Kakitangan dijangkiti Covid-19, Mais tutup pejabat hartanah lima hari

SHAH ALAM, 9 DIS: Pejabat sektor hartanah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di sini ditutup bermula hari ini hingga 13 Disember bagi kerja nyahkuman.

Agensi itu dalam kenyataan berkata tindakan tersebut berikutan seorang kakitangannya dijangkiti Covid-19 semalam dan kini sedang menjalani rawatan.

Mais memaklumkan perkhidmatan lain beroperasi seperti biasa mengikut janji temu dan menggalakkan urusan dalam talian melalui pautan www.mais.gov.my.

“Keselamatan warga kerja dan pelanggan keutamaan Mais, justeru pelanggan dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan dan tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan,” maklum agensi itu.

Mais berkata orang ramai boleh menghubungi Arzlan Mokhtar di talian 019-2640632 atau Zare Dalugamin (019-2302040) untuk maklumat sewaan hartanah atau layari https://www.mais.gov.my/sewaan/.

 


Pengarang :