Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir (kiri) menunjukkan barangan keperluan asas yang akan diberikan kepada golongan terjejas di sekitar Selangor ketika Majlis Penyerahan Kotaq Infaq Sumbangan Warga Kerja KDEBWM di Pejabat KDEB Waste Management, Menara Bank Rakyat, Shah Alam pada 18 Disember. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KDEBWM agih 145 kotak makanan asas kepada individu terjejas Covid-19

SHAH ALAM, 19 DIS: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mengagih 145 ‘Kotaq Infaq Covid-19’ kepada individu terjejas akibat pandemik.

Pengarah Urusan Ramli Mohd Tahir berkata penerima terdiri daripada asnaf, miskin bandar, orang kelainan upaya dan mereka yang hilang pendapatan.

“Sumbangan dengan kerjasama Syarikat Bidara Mills Sdn Bhd berupa barangan keperluan asas antaranya beras, minyak masak, gula, sardin dan susu pekat dan pelbagai lagi.

“Sumbangan kali keempat ini dengan peruntukan RM10,800 adalah hasil terkumpul warga kerja KDEBWM,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah pihaknya terpanggil untuk membantu golongan terbabit dan berharap sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.


Pengarang :