EXCO Asas Tani Ir Izham Hashim berucap pada Majlis serahan bantuan baja kompos kepada petani di Sungai Burong, Tanjong Karang pada 6 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri pertimbang bantuan bot, enjin kepada nelayan

KUALA SELANGOR, 7 DIS: Kerajaan Negeri bakal memberi bantuan bot dan enjin kepada nelayan terpilih, kata EXCO asas tani.

Ir Izham Hashim berkata bilangan penerima inisiatif tersebut dihadkan bagi mengelak isu peralatan disalah guna termasuk menjual kepada pihak ketiga.

“Sebenarnya sudah lama kita tidak beri bantuan bot dan enjin kerana pengalaman lepas apabila beri kemudahan, mereka tidak manfaatkannya.

“Buat permulaan kita pilih tiga nelayan yang betul-betul perlukan bot dan enjin untuk tangkap ikan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya selepas menyampaikan bantuan baja kompos kepada petani sekitar Sungai Burong di sini semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Kerajaan Selangor meluaskan penerima inisiatif tersebut kepada golongan yang memerlukan.

“Kita mesti menyalurkan inisiatif secara berhati-hati bagi mengelak berlaku pembaziran.

“Apa guna jika kita beri bantuan tetapi taraf hidup tidak berubah. Sekiranya ini berlaku ia bermakna polisi Kerajaan Negeri gagal,” katanya.


Pengarang :