AGENSISELANGOR

Kerja ganti injap di Sabak Bernam selesai jam 8 malam

SHAH ALAM, 16 DIS: Kerja penggantian enam unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dijangka siap dilaksanakan jam 8 malam ini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan kerja bermula jam 10 pagi tadi turut meliputi pemasangan satu injap baharu di Parit 13.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri dalam kenyataan.

Pada 11 Disember, Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan melibatkan 38 kawasan di Sabak Bernam susulan penggantian injap bagi memastikan sistem agihan dalam keadaan optimum.

Status terkini bekalan air boleh didapati melalui laman web www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi pusat perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 


Pengarang :