Petugas Sunway Medical Centre, Petaling Jaya melakukan saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir untuk saringan bersasar pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes baharu Covid-19 di Hulu Langat hampir tiga kali ganda

SHAH ALAM, 3 DIS: Kes baharu Covid-19 di Hulu Langat melonjak naik hampir tiga kali ganda apabila mencatat 144 kes hari ini berbanding 52 semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata penyumbang terbesar disebabkan peningkatan jumlah kes di mukim Kajang iaitu 136 kes tempatan iaitu antaranya membabitkan Kluster Hentian (59) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (35).

“Klang kekal menjadi daerah tertinggi merekodkan 194 kes dengan 164 daripadanya dari mukim Klang dan mukim Kapar 30 kes.

“Sementara itu Petaling pula 83 kes, Gombak (21), Sepang (lapan), Kuala Langat (lima), Kuala Selangor (tiga) dan Hulu Selangor (satu),” kata jabatan itu menerusi Facebook.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan 459 kes baharu hari ini sekali gus mengekalkannya sebagai negeri tertinggi mencatat kes harian Covid-19.

Ia berpunca dari kluster sedia ada dengan mencatat 307 kes, lain-lain saringan (97), saringan kontak rapat (54) dan kes import (satu).


Pengarang :