Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 hampir menyamai kes pulih

SHAH ALAM, 17 DIS: Kes baharu Covid-19 hari ini sebanyak 1,220 hampir menyamai jumlah kes pulih dengan catatan 1,297 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu, enam adalah kes import manakala penularan tempatan sebanyak 1,214 kes.

“Terdapat pertambahan tiga kematian hari ini melibatkan dua warganegara dan satu bukan warganegara melibatkan dua di Sabah dan satu di Johor.

“Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 14,671 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, terdapat 106 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :