Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal empat angka, pesakit sembuh 1,309

SHAH ALAM, 13 DIS: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila sebanyak 1,229 kes direkodkan hari berbanding 1,937 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara 83,475.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,309 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih daripada wabak itu 69,393.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,667 kes.

Sehingga kini, terdapat 115 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 65 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat pertambahan empat kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 415.


Pengarang :