Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 4 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal empat digit, pesakit sembuh 1,204

SHAH ALAM, 14 DIS: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila sebanyak 1,371 kes direkodkan hari ini meningkat sedikit berbanding 1,229 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara 84,846

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,204 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih daripada wabak itu 70,597.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,830 kes

Beliau berkata Selangor masih mencatatkan negeri tertinggi kes Covid-19 apabila 532 kes baharu dilaporkan.

Sehingga kini, terdapat 114 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat pertambahan empat kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 419.


Pengarang :