Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 terus kekal empat angka, pesakit sembuh 1,084

SHAH ALAM, 15 DIS: Kes baharu Covid-19 terus kekal empat angka apabila sebanyak 1,772 kes direkodkan hari ini meningkat berbanding 1,371 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara 86,618.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,084 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih daripada wabak itu 71,681.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,515 kes

Beliau berkata Kuala Lumpur mencatatkan negeri tertinggi kes Covid-19 apabila 596 kes baharu dilaporkan diikuti Selangor merekodkan 503 kes.

Sehingga kini, terdapat 118 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat pertambahan tiga kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 422.

Beliau berkata terdapat sebanyak 418 kluster dilaporkan manakala jumlah kluster yang tamat pula 229 kluster termasuk dua kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 55 kluster melaporkan pertambahan kes,” katanya.

 


Pengarang :