Seorang wanita memakai pelitup muka melewati grafiti di pinggir Brooklyn, New York, Amerika Syarikat pada 4 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Kes Covid-19 di seluruh dunia kini lebih 67 juta

MOSCOW, 7 DIS: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta, menurut data terbaru Johns Hopkins University.

Pada Isnin terdapat 67,004,543 kes dengan angka kematian sebanyak 1,535,038 manakala jumlah individu yang pulih seramai 43,032,444, lapor agensi berita Sputnik.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal tiga negara teratas daripada segi jumlah kes diikuti Rusia berada di tempat keempat dengan lebih 2.4 juta kes.

– BERNAMA


Pengarang :