Petugas kesihatan melakukan saringan Covid-19 terhadap pekerja kilang warga asing kumpulan syarikat Kossan di Meru, Klang pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 Selangor turun kepada 435, dua kematian

SHAH ALAM,13 DIS: Kes harian Covid-19 di Selangor hari ini menurun berbanding semalam selepas merekodkan 435 kes termasuk dua jangkitan import, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun jumlah itu adalah yang tertinggi di negara ini, merangkumi 35.4 peratus daripada 1,229 keseluruhan kes.

“79.1 peratus iaitu 344 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk 34 dari kluster baharu serta saringan kontak rapat yang giat dijalankan.

“Dua kes import serta 89 kes daripada lain-lain saringan. Ini menjadikan keseluruhan 21,047 kes,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat dua kematian di negeri ini membabitkan seorang lelaki warga asing dan wanita tempatan, masing-masing berusia 29 dan 44 tahun.

“Wanita itu menghidap kencing manis, darah tinggi, jantung, obesiti dan buah pinggang kronik. Kedua-duanya meninggal di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Semalam Selangor mencatatkan 823 kes yang kesemuanya jangkitan tempatan.

 


Pengarang :