Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 9 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM: 2,234 kes baharu Covid-19 hari ini, rekod angka tertinggi

SHAH ALAM, 10 DIS: Kes baharu Covid-19 merekodkan angka tertinggi pernah dilaporkan apabila mencatat 2,234 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 78,499 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,112 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih daripada wabak itu 66,236.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,867 kes.

Sehingga kini, terdapat 124 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat pertambahan tiga kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 396.

 


Pengarang :