Orang ramai mula beratur seawal jam 7 pagi untuk mengikuti program saringan Covid-19 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Klang catat kes Covid-19 tertinggi tiga hari berturut-turut

SHAH ALAM, 17 DIS: Saringan kontak rapat menjadi punca peningkatan jangkitan Covid-19 di Klang apabila merekodkan 127 daripada 164 kes hari ini, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Data jabatan menunjukkan daerah itu kekal mencatat kes harian tertinggi di negeri ini untuk tempoh tiga hari berturut-turut.

“Gombak pada kedudukan kedua merekodkan 70 kes iaitu mukim Batu (44), Rawang (16), Hulu Kelang (empat), Kuang (tiga) dan Setapak (dua).

“Sebanyak 48 kes dicatatkan di Petaling dengan 31 daripadanya di mukim Damansara, Sungai Buloh (lapan), Petaling (lima) dan Bukit Raja (empat),” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, Hulu Langat melaporkan 32 kes yang mana 12 daripadanya di mukim Kajang, Beranang (lapan), Ampang (enam), Cheras (empat) manakala Hulu Langat dan Semenyih masing-masing satu.

Jabatan memaklumkan sebanyak 29 kes di Kuala Selangor, Kuala Langat (sembilan), Sepang (enam) dan Hulu Selangor serta Sabak Bernam masing-masing lima kes.

Semalam, Klang merekodkan 297 daripada 481 kes Covid-19 di Selangor, manakala 301 daripada 503 kes yang dilaporkan pada 15 Disember.


Pengarang :