Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibasahi hujan selepas melakukan proses sanitasi di pos kawalan Asrama Pekerja Wanita Top Glove Corporation Bhd yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Abadi 7 Meru Klang pada 24 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Klang kembali rekod kes Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 21 DIS: Klang kembali merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi apabila menyumbang 121 daripada 441 jangkitan di Selangor semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 65 kes dikesan di mukim Klang dan selebihnya mukim Kapar.

“Hulu Langat pada kedudukan kedua dengan 118 jangkitan yang mana mukim Kajang mencatatkan 52 kes, Cheras (33), Ampang (26), Semenyih (empat) Beranang (dua) dan Hulu Langat (satu).

“Sejumlah 90 kes dilaporkan di Petaling dengan 35 daripadanya di mukim Damansara, Petaling (31), Sungai Buloh (19) dan Bukit Raja (lima),” menurutnya di Facebook.

Tambahnya, Kuala Selangor mencatat 35 kes iaitu mukim Ijok (21), Bestari Jaya (enam), Jeram (lima), Tanjung Karang (dua) dan Kuala Selangor (satu).

Selain itu, katanya, kes di Gombak menurun kepada 31 jangkitan berbanding 96 yang dilaporkan semalam dengan 15 daripadanya di mukim Batu, Rawang (11), Kuang (tiga) dan Setapak (dua).

JKNS berkata, Kuala Langat pula merekodkan 22 kes, Sepang (14), Sabak Bernam (enam) dan Hulu Selangor (empat).


Pengarang :