Sebahagian pekerja wanita Top Glove yang beratur sebelum dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 24 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENSISELANGOR

Klang rekod 713 kes baharu Covid-19, kekal tertinggi

SHAH ALAM, 22 DIS : Klang kekal merekodkan kes baharu positif Covid-19 tertinggi dengan mencatat sejumlah 713 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada jumlah itu 358 dikesan di mukim Kapar dan selebihnya di mukim Klang.

“Gombak pada kedudukan kedua dengan 119 jangkitan yang mana Batu 19 kes diikuti Hulu Kelang dan Rawang (sembilan), Setapak (empat) dan Kuang (satu).

“Sejumlah 85 kes dilaporkan di Hulu Langat dengan 34 daripadanya di Cheras, Kajang (28), Ampang (10), Semenyih (lapan) dan Beranang (empat),” kata jabatan itu di Facebook.

Tambahnya, Petaling mencatat 49 kes iaitu masing-masing 16 kes di Damansara dan mukim Petaling diikuti Sungai Buloh (10) serta Bukit Raja (tujuh).

Manakala, Kuala Selangor pula 29 kes iaitu 11 kes di Tanjong Karang, Ijok (lapan), Batang Berjuntai (lima), Jeram (empat) dan mukim Kuala Selangor (satu).

JKNS berkata, Sepang pula merekodkan 10 kes, Kuala Langat (enam), Hulu Selangor (dua) dan Sabak Bernam (satu).


Pengarang :