Program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Klang rekod kes Covid-19 tertinggi dua hari berturut

SHAH ALAM, 30 DIS: Klang merekodkan kes baharu Covid-19 tertinggi di Selangor dua hari berturut-turut apabila mencatat 180 jangkitan hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 124 kes dikesan di mukim Klang manakala Kapar 56 kes, kebanyakan hasil saringan kontak rapat dan pekerja.

Petaling pada kedudukan kedua mengumpul 94 kes merangkumi 38 jangkitan di mukim Petaling, Damansara (30), Sungai Buloh (14) dan Bukit Raja (12).

“Sebanyak 84 dikenal pasti di Hulu Langat dengan 27 daripadanya di mukim Kajang, Ampang (25), Cheras (20), Semenyih (11) dan Hulu Langat (satu).

“Gombak pula mencatat 50 kes iaitu 17 jangkitan di mukim Setapak, Batu (12), Hulu Kelang dan Rawang masing-masing 10 kes serta Kuang (satu),” maklum JKNS di Facebook.

Jelas agensi itu, sebanyak 25 kes dilaporkan di Kuala Selangor iaitu masing-masing tujuh di mukim Ijok dan Jeram, Kuala Selangor (lima), Batang Berjuntai (tiga), Tanjung Karang (dua) serta Api-Api (satu).

Menurutnya, Kuala Langat mencatat 24 kes dengan 12 daripadanya di mukim Tanjung Dua Belas (1) manakala Telok Panglima Garang (10) dan Morib (dua).

“Kesemua 13 kes yang dilaporkan di Sepang membabitkan mukim Dengkil dan dua kes di Hulu Selangor iaitu mukm Batang Kali serta Serendah (satu),” katanya.


Pengarang :