Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 25 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster sedia ada punca Selangor kekal kes tertinggi Covid-19

SHAH ALAM, 3 DIS: Sebanyak 459 kes Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini dan mengekalkannya negeri tertinggi dengan kes harian.

Ketua pengarah kesihatan berkata ia berpunca dari kluster sedia ada dengan mencatat 307 kes, lain-lain saringan (97), saringan kontak rapat (54) dan kes import (satu).

“Sementara itu kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi turut melibatkan Selangor iaitu Kluster Usaha membabitkan Klang dan Petaling dengan 84 kes.

“Kluster Hentian pula di Hulu Langat mencatat 60 kes,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebanyak 1,075 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 69,095.

“Kes sembuh pula 948 kes menjadikan jumlah kumulatif pulih 57,917 manakala 11 kematian dilaporkan dengan jumlah sepenuhnya 376,” katanya.


Pengarang :